Thursday, November 13, 2014

Ini ialah buah pisang kaki. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai buah pisang. Bentuk macam tomato dan rasa macam epal..rasanya manis dan rangup, biji macam buah ciku tapi besar skit..

Pisang kaki mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin. Ianya bernilai tinggi dari segi perubatan kerana amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Kandungan manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

Ni J ade google gmbar pokok pisang kaki...J pon x tau lagu mana rupanyaaa..ni baru tau (tiada persamaan langsung dengan pokok pisang)  :p

0 comments:

Post a Comment