Friday, November 21, 2014

Sebelum tidur ini adalah antara yang wajib dibuat.. Apply HERBAL BLEND pada tapak kaki yang kering pecah merekah kesan akibat daripada masalah eczema. Memang nampak perubahan...kegatalan pun berkurangan. TETAPI YANG PALING PENTING KENA KONSISTEN yerrr Juanna ;) 

Begitu juga dengan KRIM MATA ENFUSELLE EYE TREATMENT nih...Mata J memang lebam dan banyak garis halus
 Dah bermacam krim J cuba... Dan yang terakhir dan masih gunakan ialah produk dari Shaklee ni...ENFUSELLE EYE TREATMENT. J nekad kali ini J kena rajin dan konsisten..mmg itu adalah kunci pada setiap hasil atau kejayaan ;)

Nak cantik...nak lawa...kenalah rajin dan KONSISTEN!



 

Hanya kerana anda ingin menurunkan berat badan , anda tidak perlu meninggalkan semua makanan ringan kegemaran anda . Anda boleh makan apa sahaja selagi anda makan dalam jumlah yang sederhana . Sudah tentu , beberapa makanan ringan yang terbaik adalah buah-buahan dan sayur-sayuran kerana mereka begitu baik untuk kesihatan anda .
Salah satu buah-buahan yang terbaik untuk makan untuk snek adalah PISANG, dan mereka sempurna untuk menurunkan berat badan . Pisang mengenyangkan dan membebaskan tenaga secara perlahan-lahan ,ini bermakna anda akan terasa kenyang untuk lebih lama dan anda tidak akan merasa perlu untuk makan banyak atau betulang kali sepanjang hari.
Pisang juga manis , yang membantu mengurangkan keinginan untuk makanan ringan bergula . Pisang boleh digantikan sebagai pencuci mulut selepas makan, ia mengandungi sedikit kalori. Pisang adalah rendah karbohidrat dan mempunyai jumlah serat yg tinggi , yang membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah anda .

Pisang menawarkan lebih banyak nutrien daripada mana-mana buah-buahan lain kerana tahap kalium yang tinggi . Mineral ini diperlukan untuk semua organ-organ , sel-sel dan tisu-tisu yang berfungsi dengan baik dan sangat penting apabila ia datang kepada fungsi jantung dan otot berfungsi dengan betul . Walaupun kalium boleh didapati dalam banyak makanan , pisang mempunyai salah satu daripada kepekatan tertinggi itu .

Pisang juga sumber tenaga yang hebat dan adalah sempurna untuk dimakan satu jam atau lebih sebelum bersenam . Ia mengeluarkan tenaga yang perlahan-lahan dan boleh membantu anda bersenam untuk lebih lama. Tenaga ini juga membantu fungsi otot , yang menghalang asid laktik membina-up , punca kekejangan .
Walau bagaimanapun, pisang dimakan secara sederhana. Makan terlalu banyak boleh menambah berat badan. Tubuh akan menyimpan tenaga dan jika tidak digunakan , ia akan bertukar menjadi lemak . Gula semula jadi dalam pisang juga boleh menyebabkan jumlah gula yang tinggi dalam aliran darah jika anda makan banyak  sekaligus.

Pisang boleh dimakan sebagai makanan dan makanan ringan ; mereka boleh dicampur ke dalam salad buah-buahan atau smoothie sebagai sarapan yang sihat dan berkhasiat ; dicampur dengan yogurt untuk pencuci mulut yang sihat ; pusang juga boleh dibuat mufin dan roti ; atau hanya dipanaskan dan dihidangkan dengan granola dan ais krim rendah lemak .
Pendek kata , pisang adalah makanan terbaik bagi mereka yang berdiet dan ingin menurukkan berat badan yang sempurna.

Thursday, November 20, 2014

Jom kita tonton temubual bersama testimoni kak Nor
Click disini

Sunday, November 16, 2014

Assalammualaikum...Selamat pagi semua...

Mari sama sama kita sedekahkan  AL-FATIHAH buat papa J..dan insan insan tersayang yang hadir dalam hidup kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Aminnn..

Thursday, November 13, 2014

Ini ialah buah pisang kaki. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai buah pisang. Bentuk macam tomato dan rasa macam epal..rasanya manis dan rangup, biji macam buah ciku tapi besar skit..

Pisang kaki mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin. Ianya bernilai tinggi dari segi perubatan kerana amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Kandungan manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

Ni J ade google gmbar pokok pisang kaki...J pon x tau lagu mana rupanyaaa..ni baru tau (tiada persamaan langsung dengan pokok pisang)  :p

Wednesday, November 12, 2014

Arini bila mummy balik dari class, Nayli complain tekak dia sakit dan rasa perit. Nayli tanya mummy apa yang sesuai dan dia boleh ambil... Mummy check badan dia pun dah mula pijar...NUTRIFERON lah jawapnya.

Nayli Marsya siap buat poster ni lagi untuk mummy. Thank You Darling :-* Mummy lovess you <3

Tuesday, November 11, 2014

Antara yg benda yg sentiasa ada di dalam hand bag Vitamin Chef pastinya Cinch ENERGY TEA MIX. 'Pemberi tenaga segera.'

Bila dah nak masuk waktu tengahari macam sekarang..mata mula layu..rasa mengantuk mula melanda..tenaga badan mula menurun ;) Betul tak? Pasti ramai mengalami masalah yang sama.. B)

VC @ VITAMIN CHEF sangat mengesyorkan Cinch ENERGY TEA MIX ni...

MENGAPA Cinch ENERGY TEA MIX?

1- Ianya selamat, penggalak tenaga semulajadi

2- Ditambah dengan taurina - meningkatkan tenaga dan ketahanan badan

3- PILIHAN ALTERNATIF TERBAIK menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengrkalkan kecergasan tubuh

4- Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis

Sebagai tambahan dan antara sebab utama juga VC memilih Cinch ENERGY TEA MIX ni...

5- Dibuat dlm bentuk serbuk, dibungkus di dalam sachet kecil, mudah untuk dibawa ke mana saja.

6- Boleh dibancuh terus di dalam botol air mineral.  ** Tidak seperti teh yang perlu direndam terlebih dahulu dengan air panas. MEMANG SANGAT MUDAH!




Selain mengamalkan pemulihan secara luaran...Apa yg paling penting ia harus bermula dari dalam.

ALFALFA COMPLEX antara supplement yg MESTI diambil bagi mereka yang mempunyai masalah kulit.

KENAPA Alfafa Complex?

Alfafa kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin
* Detox, anti-inflamasi
* Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
* Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan

Assalammualaikum :)

J bru jer selesai solat Isyak..syukur alhamdullilah. Ni skrg sdg bersila atas katil...nak mulakan operasi membuang kulit keras kt tapak kaki ni. Memang arini dah mula rasa trganggu disebabkan rasa sakit dibahagian kulit keras tu. Ditambah pula dgn masalah eczema yg J hidapi di bahagian tapak kaki J ini.. Mudah kering n merekah. Jadi J benar2 perlu ada XTRA CARE utk tapak kaki J ni. Bila dh mengering mulalah gatal merenyam datang melanda :/

Alhamdullilah J diberi KESEDARAN & KERAJINAN untuk treat sendiri tapak kaki ni <3 Yelah nk gi spa..atau salon manicure padicure tuh brape lak nk kena bayarkan. Lagi pun x pasti samada produk yg digunakan bersesuaian..dan dapat beri kesan yg terbaik.

Dlm J sibuk mencari produk untuk crack heel ni.. J berkenalan dgn Magic Cream dari Shaklee...HERBAL BLEND nama diberi. Mmg J dh jatuh cinta lah. Sejak mengamalkannya alhamdullilah ia amat membantu.

Step Treatment

J mulakan dgn mengasah bahagian kulit keras dgn Hard Skin File dari Scholl.. Dah byk J try, ni paling tahan lasak n berkualiti. Kemudian basuh atau elap..buang semua habuk2 kulit mati/keras tadi. Akhir sekali sapukan Cream HERBAL BLEND tadi. Rasa sungguh selesa.

Perlu lakukan secara konsisten..Pasti hasilnya sgt memuaskan.

Nak anak anda BIJAK seperti mereka???

Ambillah OMEGA GUARD SHAKLEE!!! :-)

Bulan ni promo OMEGA GUARD :-)

Buy 6 Free 1

Sms/Call/Whatsapp J-@ 0162477669/0183207315

Saturday, November 1, 2014

Jeng...Jeng..Jeng...Omega Guard SHAKLEE!!!! Beli 6 botol Percuma 1 botol <3 Best tak???

 SIAPA MEMERLUKAN
OMEGA GUARD SHAKLEE??

IBU HAMIL
IBU MENYUSU
KANAK2 (1 TAHUN KE ATAS)
LELAKI / WANITA
WARGA EMAS

MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH DARAH TINGGI , KOLESTROL TINGGI, DIABETES.
MEREKA YANG MEMENTINGKAN KEHIDUPAN SIHAT .


MENCERDASKAN OTAK
PENCEGAHAN STROKE
MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
SUMBER TERBAIK GIZI JAZIN PADA IBU HAMIL
NUTRISI KEHAMILAN DAN PASCA KEHAMILAN






Assalammualaikum <3 <3

Bulan November, bulan Omega!

Minyak ikan supplement terbaik untuk anak anda 

Let's spread lovessssss <3 <3 <3 <3 <3



                     

Friday, October 10, 2014


TEKNIK BARAT MENGAWAL MINDA SEPARA SEDAR

Terdapat 7 jenis teknik-teknik barat dalam pengawalan minda separa sedar yang telah dikenal pasti. Teknik-teknik tersebut ialah teknik Charles Baudoin, teknik terima kasih, teknik tidur, teknik alasan, teknik penetapan, teknik bioskop mental dan teknik menulis.
 

1-Teknik Charles Baudoin 
Charles Baudoin adalah profesor di Rousseau Institut Peranchis. Beliau adalah ahli psikoterapi yang cekap dan pengarah penelitian dari New Nancy School of Healing yang mencipta cara terbaik bagi memberi kesan kepada minda separa sedar melalui cara masuk semasa tidur. Sebagai contoh, anda menghadapi masalah hutang yang bertimbun-timbun. Sebelum melelapkan mata pada waktu malam, bacalah ayat ini berulang kali, "Selesai dengan memuaskan menurut kehendak Tuhan". Idea dan ayat tidak perlu panjang berjela-jela. Cukup apabila ayat itu dilafazkan secara pendek supaya mudah diingat. Kecerdasan tidak terbatas yang bekerja melalui hukum bawah sedar mendatangkan penserasian menurut prinsip keserasian.  

Ulangi proses ini setiap malam selama 10 malam berturut- turut. Rasailah kedamaian serta ketenangan dan anda boleh tidur dengan lena. Keesokan pagi, anda dapat bangun daripada tidur dengan perasaan nyaman dan damai kerana masalah anda sudah selesai.  

2-Teknik Terima Kasih 
Islam menekankan permintaan kepada Tuhan serta mengucapkan syukur. Hati yang berterima kasih selalu dekat dengan tenaga kreatif alam semesta. Ia menyebabkan banyak anugerah mengalir kepadanya kerana hukum timbal balik adalah berdasarkan hukum kosmik daripada aksi dan reaksi.  

Saya ingin berkongsi dengan anda cerita berkenaan Pak Cipto yang selalu berkata, "Hutang bertampuk, aku tidak ada pekerjaan serta mempunyai anak lima dan tidak berduit. Apakah akalku?" Secara teratur, setiap malam selama tiga minggu beliau ulangi kata-kata, "Syukur pada Allah atas kekayaan ini," dengan tenang dan damai sehingga perasaan syukur dan terima kasih pada Tuhan meresapi seluruh sanubarinya. Perasaan kekurangan, kemiskinan serta kehinaan, hilang dengan perlahan- lahan. Ucapan syukur dilakukan olehnya sekerap mungkin.  

Walaupun belum lagi menjadi kenyataan, namun beliau tetap mengucapkan syukur dengan kepercayaan serta keyakinan yang tinggi. Akhirnya, Pak Cipto berjaya meraih pendapatan yang lumayan dengan dinaikkan pangkat oleh majikannya.  

Contoh yang mudah, umpama seorang ayah yang berjanji kepada anaknya hendak membelikan sebuah motosikal yang cantik apabila anaknya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sudah pasti anaknya mengucapkan terima kasih kepada ayahnya, walaupun motosikal itu belum lagi dibelinya. Begitulah juga dengan teknik ini, ucapkan kesyukuran dengan yakin dan gembira walaupun belum lagi diterjemah ke alam nyata.  

3-Teknik Tidur 
Lakukan teknik ini semasa anda hendak melelapkan mata. Pada masa itu, anda berada dalam keadaan hipnogogik (antara lena dan jaga). Gelombang otak anda adalah antara alfa dan delta. Minda anda juga berkualiti dan efektif.  

Apabila anda menghadapi masalah yang rumit, semasa hendak tidur, katakan, " Dengan kuasa Tuhan, semua masalah selesai dengan baik." Apabila anda terjaga daripada tidur, ulangi lagi perkataan yang anda ucapkan semalam berkali-kali. Rasailah kepuasan dan ketenangan yang tidak terhingga. Minda separa sedar anda sebenarnya umpama robot dan tidak berperasaan. Maka, setiap perkara yang anda nyatakan pasti diterimanya 100 peratus.  

4-Teknik Alasan 
Teknik ini banyak digunakan oleh para doktor bagi merawat pesakit. Doktor memberi keyakinan kepada pesakitnya, penyakit yang mereka hadapi itu lebih disebabkan oleh pola fikiran mereka yang negatif. Pesakit selalunya merasakan mereka ditimpa malang apabila mendapat penyakit. Pada masa ini, peranan doktor adalah menegaskan kepada pesakitnya yang penyembuhan boleh berlaku apabila pesakitnya berfikiran positif.  

Ini bermakna, pesakit perlu yakin yang penyakitnya dapat sembuh. Minda separa sedarnya pasti percaya yang dia boleh sembuh daripada penyakitnya. Dengan itu, organ- organnya bertugas dengan baik dan urat sarafnya pula menjalankan tugas dengan cekap bagi penyembuhan secara efektif. Dr. Quimby dari Maine banyak menggunakan teknik ini antara tahun 1849 hingga 1869.  

5-Teknik Penetapan 
Daya penetapan ada pada diri kita semua. Dalam konteks ini, kita bertambah yakin apabila kita sedar yang Tuhan menjadikan kuasa alam semesta ini semata-mata bagi kepentingan manusia.  

Seorang perempuan muda yang cantik menghadapi masalah diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali melalui panggilan telefon pada setiap hari. Oleh itu, setiap hari perempuan muda itu membuat penegasan, " Dengan kuasa Allah, aku berserah kepadanya. Allah akan melepaskan aku daripada masalah ini. Aku bebas daripada masalah ini." Akhirnya, perempuan muda itu terselamat. Lelaki yang selalu mengganggunya itu hilang pergi entah ke mana. Justeru, apabila kita yakin dan berserah pada Tuhan, apa yang kita hajati pasti tercapai dan pasti ada jalan penyelesaiannya.  

6-Teknik Bioskop Mental 
Teknik ini lebih menitikberatkan gambaran yang dicipta dalam minda. Pepatah Cina ada menyatakan, 'sebuah gambar berharga lebih daripada seribu kata'. Minda separa sedar sentiasa sensitif pada gambaran yang dibina. Ia menggambarkan serta bertindak seolah-olah diri kita melalui apa yang kita gambarkan. Lalu gambaran itu pasti menjadi kenyataan.  

Teknik ini pernah digunakan oleh pemuda yang bernama Ahmad semasa dia cuba menjual barangan syarikat yang dinaunginya. Sebelum tidur pada waktu malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) di kerusi malas kepunyaannya. Selepas itu, dia menggambarkan dalam mentalnya dengan terang dan yakin, ramai orang yang mahu dan berminat membeli barangan yang dijualnya. Dia juga dapat merasakan dan menghadirkan bau wang yang diterima daripada setiap pelanggannya. Selepas itu, dia terus tidur dengan penuh rasa kepuasan seolah-olah dia sudah berjaya menjual barangannya.  

Pada keesokan harinya, dia terkejut apabila perkara yang digambarkannya pada malam itu benar- benar berlaku. Ini kerana, kecerdasan tidak terbatas menjalankan tugasnya bagi merealisasikan apa sahaja yang digambarkan. Tuhan maha berkuasa. Dia menjadikan kita dengan kelebihan yang hebat iaitu keupayaan dan kebolehan berimaginasi.  

Teknik ini juga berkesan bagi menggambarkan penyembuhan pada penyakit yang berjangkit. Keajaiban pernah terjadi di mana seorang pemuda menghidap penyakit barah otak. Hasil pemeriksaan doktor, pemuda ini sudah tidak berpeluang sembuh daripada penyakit itu. Dia juga diramal berpeluang hidup dalam tiga bulan sahaja lagi. Namun begitu, pemuda ini tidak pernah berputus asa. Setiap malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) dan menggambar-kan sel- sel barah otaknya kian hilang. Dia juga membayangkan yang dia semakin sembuh dari hari ke hari. Pada suatu hari, apabila doktor memeriksa penyakitnya, sel-sel barah pemuda itu sudah tiada lagi. Dengan lain perkataan, pemuda itu sudah sembuh daripada penyakitnya. Sesungguhnya, minda manusia diberi kehebatan bagi penyembuhan secara semula jadi. Begitulah hebatnya kuasa minda yang dianugerah Tuhan.  

7-Teknik Menulis 
Teknik menulis ini pernah digunakan oleh bekas Presiden USA, James A. Garfield. Semasa beliau berumur 10 tahun, beliau terlihat seorang lelaki yang berpakaian mewah sedang menaiki kereta kuda. Beliau bertanya kepada ibunya siapa lelaki itu. Ibunya memberitahu yang lelaki itu adalah ahli kongres.  

Kemudian, beliau terus berazam yang beliau ingin menjadi seorang ahli kongres seperti lelaki yang dilihatnya apabila beliau dewasa. Keesokan harinya, beliau terus menulis hajatnya, "Saya akan menjadi seorang ahli kongres." Beliau melihat tulisan itu pada setiap hari. Dalam konteks ini, minda separa sedar beliau menerima maklumat berkenaan matlamat dan cita- citanya. Seterusnya, minda separa sedarnya menjalankan tugasan bagi merealisasikan cita-citanya. Beliau menggunakan kemahuannya yang bersungguh-sungguh (will power) bagi menjadi seorang ahli kongres.  

Pada hari minggu, beliau bekerja memotong kayu supaya dapat mengumpul duit bagi membeli buku dan belajar cara- cara menjadi ahli kongres. Apabila berumur 16 tahun, beliau bekerja sebagai penjaga kedai bagi membantu ibunya. Beliau juga menyambung pelajaran bagi menjadi ahli kongres. Ketika berumur 18 tahun, beliau mendapat kontrak menyapu lantai di Akademi Kolej William dan mendapat punca pendapatan lain dengan mengajar di sekolah. Pada hari minggu pula, beliau mengambil upah memotong kayu. Semasa berumur 20 tahun, beliau berjaya menerima Ijazah Undang-undang dengan kepujian dari Kolej William. 6 tahun kemudian, beliau menjadi senator di wilayahnya dan semasa berumur 33 tahun, beliau berjaya menjadi ahli kongres.  

Kejayaannya itu berpunca daripada apa yang difikirkannya. Minda sedarnya menghantarkan maklumat kepada minda separa sedar dengan cara melihat tulisan cita-citanya. Menulis impian anda pada sekeping kertas boleh membawa pemikiran minda separa sedar (subconscious mind) supaya bertugas bagi mencapai impian anda. Berikut adalah cara yang teratur bagi teknik ini:  

Tentukan matlamat. Apabila anda hendak berjaya dalam bidang perniagaan, tentukan matlamat secara jelas. Pastikan matlamat itu logik dan mampu anda capai. Misalnya, anda hendak mendapat keuntungan perniagaan RM5, 000 sebulan. Jelaskan pada diri anda yang jumlah itu pasti tercapai.  

Kejutkan 12 bilion sel-sel otak dengan menulis matlamat anda. Ini membangkitkan minda separa sedar anda supaya bertugas dan menjayakan matlamat anda. Minda separa sedar bertindak membantu anda mencari peluang bagaimana mendapatkan keuntungan sebanyak RM5, 000 sebulan secara ghaib (di luar jangkauan pemikiran biasa).  

Setiap hari, lihat impian yang anda catatkan. Dengan melihat impian itu, ia melibatkan saraf optik yang ukurannya 17 kali lebih besar daripada saraf-saraf yang lain. Saraf itu juga menyebabkan saraf- saraf lain terus menuju ke otak anda.  

Buat gambaran setiap hari iaitu selepas anda melihat impian yang anda tulis. Gambaran juga dapat dibuat pada waktu malam, selepas anda bermeditasi dan bertafakur.  

Bina cadangan spontan pada diri anda. Buat pernyataan positif pada diri yang anda boleh mencapainya. Gambarkan seolah- olah anda sudah pun mencapai impian yang anda bina. Ucapkan kesyukuran yang tidak berbelah bahagi pada Tuhan. Pastikan anda lakukan dengan penuh perasaan dan emosi. Minda separa sedar hanya bertindak apabila anda beremosi dan berperasaan.  

Sentiasa berfikir berkenaan cara mendapatkan RM5, 000 setiap bulan. Minda separa sedar anda pasti mencetuskan idea yang tidak anda duga dan fikirkan sebelum ini. Apabila minda separa sedar anda mencetuskan idea, catat serta lakukan kerja berdasarkan idea itu.  

Anda juga boleh menggunakan teknik- teknik di atas bagi pelbagai kegunaan dan kehendak anda. Minda separa sedar anda sedia menerima apa sahaja saranan dan arahan daripada minda sedar tanpa membantah. Anda perlu yakin yang usaha anda akan memperoleh hasil yang baik.  

(Dipetik daripada: Bab 3, buku Kuasa Minda Separa Sedar oleh Mohd Rozani Pawan Chek)



Bismillahirrahmannirrahim..

MsChiefChef nak share something..yg MCC (kasi rengkas sonang cket kan) nk share something yg pernah MCC alami & ramai diluar sne alami.. 'Bagaimana sel di dalam tubuh bertindak mengikut pemikiran kita'..Yer apa yg kita fikir itu yang kita dapat..Dan lagi negatif perkara yang kita fikirkan..badan pon bertindak @ react secara negatif juga. Itulah terjadi sakit kepala..sakit perut...rasa mual..rasa nak muntah...byk lagi lah...bak kata satu badan dr ujung rambut hingga hujung kaki akan sakit. Contoh RAMBUT...mulalah rambut gugur...kadang2 kepala mula berkelemumur. TETAPI lain orang lain reaksinya. Hanya disebabkan BERFIKIRAN NEGATIF...Stress & down x tentu pasal ;) 

Bila sudah begini mcm2 sakit mula melanda...Kenalah makan ubat itu ini.. Dan bagi pengamal SUPPLEMENT..vitamin mahal lagu mana makan pon tiada guna...Sebab semua harus bermula pada diri sendiri,,,iatu MINDA/PEMIKIRAN.

Jadi bagi SEMUA termasuk MCC sendiri (slalu kna cubit2 pp ni..heheeee...) Nak badan yang sihat bukan HANYA bergantung pada apa yg kita makan & amalkan...Yg PALING PENTING SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF. Rse2 dh mula nk negatif..cepat kasi DELETE!! Kerana kerugian besar akan berlaku pada mereka yang negatif.  

Selepas iti mulakan langkah seterusnya..AMALKAN DIET, PEMAKANAN & GAYA HIDUP YANG SIHAT! Selalu SONYUMMMMMMMMM :) :) :) :) :) 

In sya ALLAH pasti KEBAHGIAAN milik kita.


AMIN YA RABBAL ALAMIN




"LETS SPREADDDD LOVESSSSSSSS <3 <3 <3 <3 <3 <3 "










Tuesday, September 30, 2014

ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!

Tuesday, September 9, 2014

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalammualaikum wbt... :)